KLIK AJE IKLAN KAT ATAS NI. TQ. -n_n-

BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI

Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...


1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

KAU KATA CINTA

KAU KATA CINTA


Kau kata cinta padaNya

Tapi kau pendusta

Mana mungkin pencinta

Tak rela bila diuji?

Kuasailah dirimu untuk yang kau cintai

Bukan menguasai untuk yang kau cinta

Kerna kau pasti kecewa

Jika kau tetap lalui jalan yang sama

Mana mungkin cinta sejati kau jumpa

Jika hatimu belum dicurah airmata

Jangan pernah harap kau merasa

Betapa cintaNya indah dijiwa

Apa yang kau mahu itu maha tinggi

Jangan takut dengan hidup yang kau jalani

Derita kau akan rasa semacam bahagia

Kerna Dia yang beri kau derita

Sejauh mana kau kenal Dia

Sejauh itulah cinta kau padaNya

Bukankah mati akan menemukan kau dengan Dia?

Bukankah mati syarat menemui cinta?

Kau takkan dapat sesuatu

Tanpa mengorbankan sesuatu



Nukilan: mo.fa.mz

SELAMAT TINGGAL

SELAMAT TINGGAL



Ku kikis segenap cinta semalam

Untuk ku ikat ku kait ku sulam

Ku simpan dihati kelam dalam

Untukmu wahai yang mengutus salam

Semalam ku lihat kau diam

Kau diam dingin

Aku pula semakin ingin

Dan aku pula tak mampu pendam

Hatiku pernahkah kau selam

Hatiku apakah kau faham

Hatimu selalu ku terkaram

Hatimu sentiasa ku idam

Dan aku pula tak mampu pendam

Sungguh, aku tak mampu

Aku yakin kau tahu maksudku

Meski hati kita tak pernah bersatu

Kerna mungkin saja itu tidak perlu

Meski aku tak pernah jemu

Tapi ku tahu kau takkan mahu

Selamat tinggal wahai silamku

Salam terakhir buatmu selamanya

Lupakan semua lupakan segalanya

Tuhan, kuatkan jiwaku ini

TanpaMu, aku mati



Nukilan : mo.fa.mz

HANYA DIRIMU

HANYA DIRIMU

ku ingin berkata cinta padamu
namun tiada kata yang terluah
bila memandang matamu
kerna ku tahu mata itu memahami
apa yang ku selusuri
dalam hati ku bukukan rindu untukmu
setiap helaian rindu hanya ada namamu
meski tak pernah lagi bertemu
jiwaku jiwamu bersatu
kerna hanya dirimu membuat diriku
tak jemu di saban waktu
hanya dirimu..
yang mengerti aku..

nukilan: mo.fa.mz

Butakan Hati?

Butakan Hati?


“alhamdulillah…setakat ni ana tak pernah diuji jatuh cinta dengan mana-mana perempuan”.
“em..apa tak pernah ke mana2 pmpn confess kt enta?”
“adaje..tapi bagi ana biarla dulu..ana pun x bminat lagi dengan benda2 cmni..ana rase baik butakan hati buat sementara waktu”.
“Butakan hati? Maksudnya?”
“ Maksudnya, hati tu dibutakan dari mlihat benda2 sbegini..tp bukannya bmakna ana mlawan fitrah..fitrah tetap ada..cuma ana takot kalu fitrah jadi fitnah..kita cakap kat org jangan buat itu ini tapi kita sendiri buat..nak tarbiyah diri sendiri lagi payah dari tarbiyah orang..nak tarbiyah kucing suruh makan friskies jangan makan rumput dia ikot..tapi nak tarbiyah orang suruh ikot nabi jangan ikot yahudi payah..”
“ow..camtu..pelik kan orang skarang ni..semalam ana g majlis makan malam ana tengok macam2 fesyen ada..enta pnah tengok orang pakai baju renang+tube+tudung?”
“eh..tak pnah..adake cmtu? Ish”
“adaje..kadang2 ana tfikir dan trenung la jugak pehal pakai cmtu..apa tujuan? Klu tujuan nak nampak cantik..untuk siapa? Klu nak tarik orang..tu da jatuh haram..jadi untuk apa dan siapa?”
“em..enta tau apa maksud solat?”
“solat tu bmula dengan niat dan berakhir dengan salam la kan..”
“tu cara solat..ana tanya maksud solat. Apa maksud solat?”
“err..”
“maksud solat ni adalah untuk mencegah kejahatan kita, maknanya kalau kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat tu maknanya solat kita belum mencapai maksud lagi..tapi bukannya bmaksud solat tu tak diterima Allah..tu hanya Tuhan yang tahu..tapi solat kita masih belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu nak mcegah mungkar..”. “kita solat tapi tak mampu nak mhalang mata kita dari tengok buruk orang, kita solat tapi tak mampu nk mhalang lidah kita dari cakap benda tak baik, kita solat tapi still tak mampu nk mhalang telinga dengar benda yang lagha, kita solat tapi tak mampu nak mhalang dari hati kita bburuk sangka dengan orang lain..maknanya kita solat tapi tak mcapai maksud solat selagi kita buat kemungkaran..sebab maksud solat tu untuk mncegah kemungkaran.”
“ow camtu…jadi cmne nk dapat maksud solat?”
“masa solat apa enta buat?”
“em..jaga hati, jaga mata tengok kiri kanan, jaga telinga dengar imam baca ayat quran, mulut bzikir pada Allah, jangan banyak bergerak, dan jangan buat benda2 yang mbatalkan solat.”
“ha, klu enta perasan apa yang enta buat tu smuanya benda2 baik..tula maksud solat. Klu enta dapat buat apa yang enta buat dalam solat semasa enta tak solat..mknanya enta da mencapai mksud solat. Maksudnya, ketaatan enta dalam solat tadi bila dibawa ke luar solat maka secara automatik life enta slama 24jam mcm ‘solat’”. Sebab tu pmpn yang tak pakai tudung adalah pmpn yang tak membawa ketaatan dalam solat ke luar solat…kan ke time solat dorg abis tutop? Nape dorg jd cmtu? Sbab dorg tak paham mksud solat..”. “Orang laki pun same..yang pakai sluar pendek je nape? Sbab dorg tak paham mksud solat..”.
“tapikan ana pun klu time solat payah nak khusyuk..nak takbir pun3-4kali baru jadi..susahnya nak jaga hati..solat ni berat kan..”.
“em..senang je nak khusyuk, solat kena btol, solat kena ikot nabi..cmne nabi solat? Nabi solat kat masjid..bukan kt umah..nabi solat bjemaah..bukan sorang2..nabi solat on the time..bukan lengah2. Ada kisah dlu orang alim ni ditanya cmne nk khusyuk dalam solat sampai tak fikir pkara dunia ..orang alim tu kata luar solat pun dia tak fikir pkara dunia…butakan hati untuk pkara dunia..insyaallah, khusyuk.”


To be continued…

Butakah hati?

Butakah hati?

Begini ceriteranya…

Al-kisah 2 orang pemuda yang bmusafir untuk mencari tok guru sebab nak belajar ugama..sorg nama Aiman (bukan nama sebenar) dan sorg lagi bnama Suparman (nama sebenar)..maka bertolaklah mereka ke Negeri Kayangan Jula Juli Julu dengan bkenderaankan Myvi Spesel Edition..

30 minit lepas tu sampaila mereka ke tempat yang ditujui..ketika itu jam menunjukkan 7.30 pm..em…da maghrib ni..merekapun masukla ke perkarangan rumah tok guru itu..oh ye, tok guru itu duda takde anak..dilihatnya mereka tok guru sedang solat maghrib..lalu Suparman pun mcuit blakang tok guru sbagai tanda berimamkn tok guru itu..FYI, rumah tok guru tu dalam kawasan hutan simpan di penghujung Negeri itu dan dalam penjagaan jabatan perhilitan negara…maka, solat lah mereka hingga abis..

Lepas abis je solat, mereka bbisik2, “eh, kata tok guru…tapi baca fatihah macam apeje..tak sedap lansung..dala tsekat2..eh, kita cari tok guru lain la..cancel r cmni..”. Lalu dengan muka paksa senyum mereka bsalaman dengan tok guru dan trus blah dari situ..tapi ditakdirkan Myvi SE mereka tidak dapat dhidupkan enjinnya..maka mereka tpksa pulang dengan bjalan kaki. Ontheway nak balik tu tetiba ada 2 ekor singa mengepung mereka..mereka tergamam n tkaku…malam ni mati la aku..kata mereka..dan disaat2 singa itu ingin mnerkam mangsanya, dalam hati mereka bdetik..1,2…3…makann!!

ST0P!!. eh, macam pernah ku dengar suara itu…oh, tok guru datang mnyelamatkan..mujorla..singa2 itu tadi tibe2 mjadi jinak dan mjilat2 tangan tok guru itu…maka, mulala timbul persoalan dalam diri kedua pemuda itu tadi.

Tok guru, nape tok guru datang myelamatkn kitorg padahal kitorg baru je ngumpat tok tadi..pastu nape singa ni jinak giler ngan tok? Tok bela ke singa2 ni?

Maka jawabla tok guru itu dengan ramahnya, Em..sbnarnya masa tok duk bzikir tadi tok tak dengar pun korang ngumpat apa..tok ingatkan korang ni musafir..tok nak ajak makan tadi kat warung tapi tengok korg ni macam nak cepat blah je..cam tak sudi je..pastu masa tok nak turun tadi tok nampak myvi korang..tok fikir korg ni musafir..jadi kalu jalan malam2 cmni konfem sesat..jadi tok pun tak jadi nak gi warung tok carila korang dengan Honda cup burok tok ni..punyala susah nak cari korg..tok ni dala rabun malam..mujor tok dengar singa ni mengaum..singa ni dulu garang..dulu pernah je dorg ni nak makan tok..tapi tok tak kesah..kalu mati kena makan ngan singa mati syahid ape..tok kool je..tapi yang hairannya sampai ke arini singa2 ni takde plak mnunjukkan simptom2 nak makan tok da..jadi makin jinak adala..tok pun tade kawan..sorg2 je dalam hutan ni..kawan ngan singa pun jadila..kawan ngan binatang lagi senang kawan ngan orang..binatang tak reti ngumpat..dia tau makan je..kan singa kn? Alala..comeinya..hehe. Singa itu tersenyum keriangan.

Ow yeke..tadi kitorg ngumpat tok..tok bace fatihah tak sedap..tsekat2..kitorg nak belajar ugama ngan tok..tapi bila tengok tok camtu abis da ilang mood ktorg..tadi nak balik ttibe je myvi tu takleh start..tu yang kitorg balik jalan kaki..

Em..tula korg, tok slama bpuluh2 tahun baca fatihah bukan nak sedap ke tak sedap..tok baca ngan ikhlas..tok baca ingat sekali ngan makna..korg ni baca sedap2 tau ke makna stiap ayat tu? Lagipun tok ni da tua..sore pun nak ada tade je ni…tok baca bukan nak sedap didengar..tok baca sebab nak sedap dirasai dan dihayati..tok baca tsekat2 sebab ada orang cuit blakang tok tadi..tok takot jadi imam ni..sebab jadi imam ni payah..sebab tu tok sedaya upaya baca sampai mnangis…korg nak belajar agama? Bley, tapi ada SYARAT-SYARATNYA..

Apa syaratnya tok?

Syarat yang pertama..jangan memandang rendah pada orang yang mgajar kamu..jangan pandang rendah pada ustaz2, tok imam..etc

Syarat yang kedua..



To be continued..

HANYA KU YANG TAHU

HANYA KU YANG TAHU

Malam bintang bercahaya
Tapi ku rasa malap tanpamu
Hembusan bayu sepi
Peneman setiaku
Semalam bintang tak semalap ini
Kerna ada kau di sini
Kehadiran bayu tak ku peduli
Kerna kau di sisi
Besok mungkin kau yang pergi selamanya
Atau adakah aku yang sudah tiba masanya
Kerna ku tahu bintang dan bayu
Tak mungkin bersama
Bila terangnya cinta pada jiwaku
Kau tak rasa
Bila sayunya rinduku padamu
Kau tak cakna
Kerna ku tahu ini bukanlah apa-apa
Andai cintamu setinggi membukit
Ia takkan jadi gunung
Sebelum kau merasa perit
Cukuplah aku saja yang menanggung pahit
Kokot saja kataku sayang
Sebelum kau terhimpit


Nukilan: mo.fa.mz

Siapakah yang lebih kau sayang?

Siapakah yang lebih kau sayang?

Hatiku terlalu kerdil
Kenapa kau muatkan luka duka
Terlalu besar di dalamnya?
“Lihat”, balasnya
Matamu lebih kerdilnya
Tapi kenapa bisa melihat seluruh alam?
Hatiku sudah retak
Kenapa kau masukkan derita
Terlalu banyak di dalamnya?
“Tengok”, balasnya
Otakmu lebih retaknya
Tapi kenapa bisa memikir perkara hitam?
Hatiku butuh bahagia
Kenapa kau letakkan sengsara
Terlalu pedih di dalamnya?
“Berhenti”, balasnya
Kau mahu bahagia dengan siapa?
Tuhanmu atau manusia?
Hatiku semakin buntu
Kenapa kau tanya persoalan dungu
Terlalu keliru di dalamnya?
“Dengar”, balasnya
Aku ingin mengkhabarkan
Kebahagiaan bukanlah kebahagiaan
Jika diakhirnya kegagalan
Dan kegagalan bukanlah kegagalan
Jika diakhirnya kebahagiaan
Jika kau mahu bahagia dengan Tuhan
Cinta dengan manusia harus kau kalahkan
Kerna jika kau kalah dengan cintamu
Mana mungkin bahagia datang bertamu
Hanya nafsu yang tak jemu merayu
Apa kau lihat semua yang ketawa itu bahagia?
Tidak!! Mereka berpura-pura hanya sandiwara
Semua itu dusta semata
Semua itu sementara
“Fikir”, balasnya
Bila kau mahu pulang?
Mungkin esok lusa roh kita akan terbang
Tika itu semuanya bertandang
Tika itu semuanya pulang
Tika itu rahmat datang
Tika itu azab menjulang
Tika itu hanya kita seorang
Hanya kau seorang
Siapakah yang lebih kau sayang?


Nukilan: mo.fa.mz

Bintang dan bayu

Bintang dan bayu


Bintang dan bayu selalu bersatu
Kerna cinta dan rindu
Mereka selalu bersatu
Kerna dialah raja dialah ratu
Mereka selalu berpadu
Kerna malam tak indah tanpamu bayu
Dan malam pula bukan malam tanpamu bintang
Bayu, jangan sedih bila tiba siang
Bintang, jangan marah matahari itu
Bayu, walau hawamu panas kau setia janji
Bintang, walau kau jauh selalu berdoa dalam hati
Hari ini mungkin bukan hari kita
Mungkin esok jika itu takdirnya
Aku terlalu jauh bayu
Apa kau kau lihat cuma cahayaku
Itu bukan aku
Dan aku pula tak bisa memandangmu
Hanya perasaan membuatku inginmu
Lembut hembusanmu sungguh sayu
Inginmu menemaniku
Cumapun hanya malam kelabu
Dan aku pula tak bisa memandangmu
Tapi cukuplah hanya kau merasa terikku
Kerna malam ini ku menyinar untukmu


Nukilan: mo.fa.mz

Secret Recipe Skeboolat

Terimalah....hasil selepas sebulan duk umah belaja masak..dengan rasa kurang garamnya.....Peach Cobbler Skeboolat..

ilham dari sebuah buku pinjaman sorg kawan..-n_n-


Bahan2nya adalah seperti berikut:

secawan tepung gandum (emm..skeati)
secawan gula halus (em..skeati)
satu setengah sudu kecil soda bikarb0nat (letak 2 sudu pun takpe)
275g mentega (rasa cam banyak je...250g jela)
secawan susu segar (susu sejat bley..nak guna air yogurt bliss pun bleyy)
setin buah peach (kalu rase tak cukup tibaila 3 tin pun kan)
sesudu kecil serbuk kayu manis (rase cam tak penting je..)
tigasudu gula besar (manis sangat..sesudu da)

1. cairkan mentega didalam oven dengan suhu 190 drjh selsius. gunakan bekas kaserol 13x9x2cm.
2. adun tepung, gula, sodabikarbonat, didalam bekas berasingan
3. masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul2.

cara1:
-tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol berisi mentega cair
-siramkan jus peach ke atas adunan
-susun peach diatas adunan
-taburkan serbuk kayu manis dan gula

cara2:
-susunkan peach di atas mentega cair didalam bekas kaserol
-tuangkan adunan keatas peach

4. bakar didalam oven pada suhu 175-190 drjh selsius selama 45minit-sejam atau hingga menjadi perang keemasan.


SELAMAT MENCUBA!!



ps: kalau ganti peach tu ngan pisang nnti jadila banana cobbler,kalau strawbery jadila strawbry cobbler,kalau limau barli jdla barley cobbler,kalau kobis nnti jdla cabbage cobbler..dan begitulah sebaliknya...

Cintai Personaliti Anda

Personaliti2 yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. KARISMA
2. ROMANTIS
3. AMBITIOUS
4. MATANG
5. KEANAK-ANAKAN
6. HUMOUR
7. PERFECTIONIST
8. MANJA
9. TERBUKA


Cara2 mengetahui adalah seperti berikut:

Katakan,besday anda ialah 15 January 1989,maka cara kiranya ialah..jeng3..

15+1+89=105
1+0+5=6

Maka,personaliti anda adalah HUMOUR!

Saya sengaja takde bagi penerangan bagi setiap personaliti sebab sibok..eh,bukan..sebab taknak bagi anda2 semua baca..sebab terlalu panjang penerangannya,tak tipu ni..seyes. Maka,cukupla hanya sepatah perkataan memgambarkan segala-galanya..hoh0.

Ohya,nape guna tarikh besday? Tak bley ke guna tarikh btunang ke tarikh buat ic ke..
emm..bagi mjawab persoalan ini saya telah pun membuat ujikaji (chewwah...).
Bahawasanya,pakar psikologi terkenal,dr fadzilah dan dr hm tuah berkata,satu2nya benda yang kekal pada ssorg itu dari dia lahir sampaila jadi mayat ialah tarikh besdaynya...maka penggunaan tarikh besday untuk menentukan personaliti ssorg itu takdela salahnya pun..lagipun ini telahpun melibatkan kajian berpuluh2 tauun..em,gtula ctenya.

Maka,cintailah personaliti anda..walopun apepon ia..ok?

sekian.wsslm.

2011-2012

20nov hingga 20dis...
bahawasanya pada tarikh ini,saya 0n 0liday. sehubungan dengan itu, saya skeboolat telah menetapkan AZAM untuk mbuat perkara2 berikut :

-kasi mant0p ph0t0sh0pCS3, 3dmax dan sketchup. (kpala rasa nak pcah..telinga rasa nk tcabut)
-kasi mant0p surah ke 18,44 dan 69 serta tdak dlupakan,juz amma. (repair tajwid tu weh..)
-belajar masak. masak sendiri tengok buku. masak ikot sedap ati. masak ikot mak.
-makan,td0-----makan,td0-----makan,tdo. (sudah setentunya)
-ren0vate interior umah (kon0nnya..)
-hapdate blog? (barangkali..)
-wat research susurgalur keluarga (insyaallah yih..brgkali tak sempat..)
-potong rambot (ritu da kena kompaun tak insaf2 lagi..)
-wat apa yang orang tak buat. (hehe..h0h0..huhu..hahar)
-mencari ketenangan.


pakar motivasi mengatakan, kecenderungan untuk membuat apa yang kita azamkan lebih tinggi jika kita memberitahu apa azam kita pada orang laen..arap2 bgtulah ndaknya yer.

k,wsslm.

Kalau Kenal....Ada Cinta..ke?

salam..arini..tenang..angin...kuat...ujan....lebat..nyaman...trasa...786 syukur..

"cmne nak ada rase cinta kalu tak knal2 dlu kn??"
"cmne nak kenal2 tu?"
"ala..jumpa2..kluar sama2...makan sama2..macam2la.."
"o0wh...i see"

em..ada logiknya kata2 itu..ku pun terfikir sama..bilamana kita tidak mengenali seseorg itu mana mungkin ada rasa cinta. tapi bilamana kita telah sangat mengenali seseorg itu tidak mustahil juga kebencian mula timbul..ramuan hidup memang begitu..jika salah satunya tiada barangkali rasanya seperti roti telur dicecah vanila coke..apakah ia sesedap bahulu dicecah kopi?? o0wh..hidup tak selalunya indah bila semuanya dibuat atas kehendak rasional..dan hati yang lemah IQ hanya menurut sahaja dayaupaya otak kerna SQ hati diserap bebola span nafsu..sngguh banyak sekali bebola itu..alangkah beshnya jika ianya bebola ikan..ikan seumur hidup dilaut tak pernah jadi masin..cume kita je yang jeles lalu memasinkannya..maka,terhasillah ikan masin buatan manusia dengan izinNya..dan pada mereka yang sanggup berlapar tak makan nasik sebulan kerna nak slim ketahuilah bahawasanya ikan masin+nasi air=speechless...

(da da da...jangan mengarot skeb0olat. dan monolog pun terhenti...)

taukah korg, nikmat apakah yg paling2 la nikmat sekali kat syurga? Ya,tepat sekali..jawapan anda tepat!! ada chance jadi ahli syurga ni (insyaallah..) dan nikmat itu ialah..

MELIHAT WAJAH ALLAH SECARA LIVE..

dan..korg sangat suka nengok mawi dan ekin kawin secara live kan?

da da.tutop cte.

--__---__------------

bukak cite.

dulu..para sahabat amat suka tengok nabi..sehari tak tengok rindu da tak tertahan..bagi mereka, melihat nabi itu satu nikmat. melihat nabi itu satu nikmat. smpaikan mereka cakap camni..

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

- Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

- Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

- Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

- Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

- Wajahnya seperti bulan purnama

- Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

- Janggutnya penuh dan tebal menawan

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

- Rambutnya sedikit ikal

- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

- Rambutnya terbelah di tengah

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

- Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

- Warna kulitnya putih tapi sehat

- Kulitnya putih lagi bercahaya

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

- Badannya tidak gemuk

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

- Perutnya tidak buncit

- Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

- Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.


begitu sekali hebatnya nabi..soo0 perfect!

persoalannya, jika yang perfect sudah ada, mengapa dikejar yang tidak perfect?
(soklan ni cam pelik je bunyinya..)

okla..bahasa mudahnya..Allah tau manusia sukakan sesuatu yang perfect..sempurna..cantik,lawa,ensem,tinggi,etc...maka dihantarNya kepada kita seseorg yang patot kita sayang..ske..like..luv..minat...etc. iaitu tak laen dan tak bukan, Nabi Muhammad PBUH. Dan tanda kesempurnaan Iman ialah bilamana kita sayang nabi lebih dari diri sendiri (sekarang semua sibuk ngan dri sndri), mak ayah, anak bini, harta, etc. Pendek kate, Allah nombor 1 dan Nabi nombor 2, then barula mak ayah...dot3. So,ringkas kate,bilamana kita melebeykan ORANGLAEN daripd Nabi..ketahuilah, dhaif sangat iman kita tu..bila2 masa je boleh jatuh bankrap..dan bilamana kita tak percaya dan meremehkan perkatan dan perbuatan nabi maka kita tak layak dipanggil BERIMAN..dan ketahuilah saya dan korang bahawa hanya yang beriman je bley tengok Allah secara live taw...
dan..bilamana kalau kita melebehkan ORANGLAEN daripd Allah..kita bley jatuh MUSYRIK..dosa syirik ni tuan-tuan dan puan-puan..perhh..besar...amat besar..takde bezapun ngan orang kafir..kalau da takde beza maka nerakalah tempatnya...dapatlah tengok setan2 dan zabaniyyah secara live ye..ouh..
oleh itu,saya menyeru kepada anda2 semua,jauhila syirik. BELIA BENCI SYIRIK!

kalau kita kenal Allah..pasti ada CINTA..
kalau kita kenal Nabi..mesti ada CINTA..
CINTA inilah yang akan membawa kita mencintai manusia lainnya..
tapi..Cinta manusia belum tentu bawa kita kepadaNYA..

Sekian. Wsslm. Out~


ps: kat luar umah kelihatan 2 ekor kucing sedang bermain air (musim ujan..) sambil sesekala menggaru dan menjilat bulu2nya yang kebelangan dan kesawokuningan..ku amat menjelesi mereka...mereka yang tak menghayati apa erti perfect...

ukhwah fillah? em?


apa itu PERSAHABATAN antara LAKI dan PMPN?
adake istilah PERSAHABATAN antara LAKI dan PMPN?
em...tak perlu menjawab. saya biarkan anda bfikir sndri.
kerna semuanya sudah bijak2 belaka. setiap org ada alasan masing2.
tak perlu ku keluarkan kata2 pada org yg tidak mahu memahami.


kadang2 terasa diri amat hampeh...bila teng0k pmpn sexy lalu kt tepi jalan, ku tunduk..
tp bila teng0k pmpn sexy kt tv...nape x tunduk2 mataku ni..ish.

Kelesuan sesudah mujahadah adalah kerana kerosakan langkah pertamA


"kelesuan sesudah mujahadah adalah kerana kerosakan langkah pertama"



-tolong aku! tolongg aku!
-ko ni...kenapa?
-aku pun tak paham kenapa.
-??
-entah. aku rasa x tenang sangat. sikit2 tensen.
-ko dtg bulan eyhh..
-woii..aku laki r.
-haha. so, try cite kt ku pesal ko ni.
-aku asyik ingat kat dia la..
-sape?
-org tula..
-00..
-ko tau tak ape perubahan ko dari ko takde awek sampaila ada awek?
-em..ape?
-aku tengok ko jarang g masjid. padahal dulu aku baru nak mandi ko g masjid da.
-em..tu dulu..
-sekarang?
-entahla..kalu aku duk masjid pun asyik ingat dia je..
-em, cuba ko bgtau aku nape ko ingat dia?
-sebab aku rasa cam sayang dia kot..tu yang jadi rindu tu..
-dah tu, ko tak sayang allah?
-erk..
-ko duk dalam rumah allah pun boleh teringat kat orang lain..isk2
-wei, perli rr..
-bukanla, meh aku kasi tips sikit.
-tips?
-aah, ko nak tak?
-nak nak.
-camni, ko bayangkan dia tu "sampah".
-ha??
-perjalanan ko masih jauh. maksud aku perjalanan ko kepada allah. pendek cite, bayangkan ko g mendaki puncak everest sambil menggalas beg isi bekalan. kalu dalam beg ko tu banyak sangat sampah, tak ke ko penat nanti? dah la akan mengslowkan perjalanan ko, walaupun ko tau destinasi ko dan jalan nak panjat gunung tu. understood?
-em..
-aku bagi ayat sikit la, ko pun dulu budak maahad, mesti ko lagi paham dari aku kan. dalam surah al-insyiqaq ayat 6,allah kata, "hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya".
-sebenarnya kan, orang tu tak layak pun untuk ko sayang. ko telah tersayang orang yang tak sepatutnya ko sayang. kalu ko asyik sibuk dengan masalah peribadi ko yang tak berpenhujung ni, siapa nak sibuk dengan masalah ummat? masalah islam?
-tapi, kan ada hadis, kalu kita cintakan sesuatu atau seseorang itu kerana allah, boleh menyempurnakan iman?
-ya, aku tak nafikan. tapi try ko jawab soklan ni dulu. adakah ko cintakan dia tu telah mendekatkan diri ko pada allah?
-em,tak..
-abis tu camne ko kata boleh menyempurnakan iman pulak?
-*senyap*
-tapi aku suka dia la..aku tak nak kehilangan dia. ko ada kan kawan dengan budak tudunglabuh? boleh tak ko minta tolong dorang jagakan budak tu?
-untuk ape?
-yela. bila dia kawan dengan budak2 baik, legala sikit aku. tak payah nak risau ape da. biar kitorg sama-sama jaga diri. sampai masa nanti kalu ada jodoh, aku nak masuk minang je.
-wah, tingginya cita2 ko. em, yang tu boleh kut.tapi aku rasa ko kena "baikkan" diri ko dulu jugak la.
-nape pulak?
-yela, ko ni sibuk nak baikkan orang yang kononnya ko nak masuk minang tu sedangkan allah suruh kita baikkan diri sendiri dulu. diri kita dulu. dan kemudian, tak mustahil, insyaallah, allah akan tolong kita dapatkan orang yang sepadan dengan kita.ingat, dalam jiwa yang kotor, terdapat cinta yang kotor.
-yeke..jadi ape patut aku buat?
-kembalilah pada dakwah. dakwah kita untuk semua, bukan khusus pada orang kita minat je. berdoalah. kalu ko ada jodoh, insyaallah allah akan jodohkan ko dengan orang yang lebih baik dari orang yang ko suka sekarang tu.
-em, paham paham..
-memandangkan ko da paham, jom belanja aku makan. hua9
-cess..

ps: sampah itu subjektif..

Cinta yang paling suci ialah mencintai tanpa mengharap dicintaI


"cinta yang paling suci ialah mencintai tanpa mengharap dicintai"

-hoi,jauh termenung seyh.ingat kat sape tu??
-kat nenek.
-eleh, tipu la wei. teringat kat awek lah tu.
-eh, mane ko tau?
-dari sinar mata mu yang bercahaya namun disurami batu-batu kerikil di tepi pinggir kelopak....wei tak mandi lagi budak ni. patut busuk!
-ces, sesedap air ribena je kata aku camtu. blah r ko.
-ala..janganla majok. ko tu laki. laki kena tabah. lagipun kalu ko majok takde sape nak pujuk sebab rupa ko alahai...
-ces kali kedua, mestila ada orang pujuk aku. ko mane tau.
-sape? opss..lupa lak. orang ada awek kan..heheh
-em..aku tengah tensen ni.
-aik, da ada awek pun tensen lagi. ko pesal?
-sebab tu la aku tensen tahap gambang ni.
-ha, ku tau...ko baru clash kan?
-eh,mane ko tau?
-la..da aku yang tulis cite ni. aku taula..haha.
-ces kali ketiga, dasar mencapab.
-ok..ilek ilek. try cite kat aku.
-watpe aku cite kalu ko da tau.
-yela, pembaca2 di luar sana tu tak tau. baik ko cite je. kesian dorang nak tau.
-em, camni. aku suka kat dia, tapi dia macam tak suka kat aku.
-tergantung ayat ko ni, spm dulu bm dapat bape ha?
-weh, aku dapat a1 bm repeat kut. oit, ko nak dengar cite tak ni?
-nak nak..sori.
-pernah tak ko suka kat orang?
-pernah je. kat binatang pun aku suka. kucing,burung hantu,kambing,et cetera.
-aku siyes dia main2 plak.
-ye..aku pernah. nape?
-camne kalu orang yang ko suka tu tak suka ko?
-jap aku pikir..
-eh, aku yang interview ko ke ko yang interview aku ni?
-ala, jawab suda.
-ok2. mengikut pengalaman aku yang tak seberapa, ada dua keadaan sebenarnya. first, orang tu tak suka ko disebabkan sebab2 tertentu, dan dia akan cakap dia tak suka ko. kedua, yang ni payah, orang tu tak cakap pulak dia tak suka ko tapi ko pulak memandai2 menganggap camtu. bagi kes aku, yang kedua tula. sebab tak pernah ada orang cakap dia tak suka aku..hoho.
-wah, kes kita samela.
-eleh, ikut aku.
-ces kali keempat, ha, kalu ko kena dalam situasi camtu, apa ko buat?
-buat bodola..haha
-ces kali kelima.
-em..camne nak cakap ye. aku pun malu nak cakap camni. tapi memandangkan ko nak tau, biarla aku mengenepikan perasaan malu itu jap. sebenarnya, aku kalu da suka orang tu, aku akan suka dia walaupun dia tak suka aku.
-wahh..kagum2..
-sebab aku takde sebab nak membenci orang yang tak suka aku. understood?
-ya ya..tapi, tak ke perasaan ko terseksa nanti?
-agak la. tapi lagi terseksa kalu kita ada perasaan benci tau.
-aku pernah baca satu novel tu. dalam novel tu tulis "cinta yang paling suci ialah mencintai tanpa mengharap dicintai". apa komen ko?
-no komen. eh, tu dialog aku r! pandai2 je ko curi ye.
-ops, sori br0. ala..sekali sekala.
-memandangkan ko da mencuri hakmilik aku, meh aku bagi ko komen sesedap rasa tomyam makcik john. sebenarnya, kalu dalam konteks ko mencintai makhluk,manusia memang camtula. tapi, tak semua orang boleh buat. tapi kalu dalam konteks ko mencintai Tuhan, ko kena mengharap Dia pun mencintai ko. Sebab..
-sebab?
-lu pikir r sendiri..hahaha
-ces kali keenam.
-sebab cinta Tuhan lagi mahal dari cinta manusia. kalu ko mengharap cinta manusia tapi tak dapat, mesti ko rasa cam neraka kan,ko rase cam nak terjun klcc je kan. tapi camne kalu ko tak dapat cinta Tuhan? aku rase ko tak wujud sekarang. terwujudnya semua makhluk di dunia ini kerna cinta Dia. dan diturunkan cintaNya itu hanya sedikit pada dunia. namun yang sedikit tula yang ramai sanggup berbunuhan, bermaksiatan, berterjunan dari klcc (freeshow ape?), bermata gelap kerna harta, bertalam dua muka, berdosa tapi wat2 cam takde dosa,et cetera.cinta adalah hadiah terbesar daripada allah untuk manusia. dengan hadiah itu terciptalah perhubungan cinta antara sesama manusia. sehingga dengan itu allah izinkan makhlukNya yang lain cinta pada kita. walhal allaj boleh pada bila2 masa je menarik rasa itu dari hati manusia kalu allah mahu. nikmat cinta tu datangnya dari allah...lalu diberi kepada semua manusia. begitulah kebaikan allah pada kita.
-em..betul betul.
-jadi orang yang benar2 kenal dan beradab akan malu kepada allah. cintanya hanya tertumpu pada allah. bila cinta pada allah sudah penuh dalam hatinya, tidak akan ada lagi tempat untuk cinta selain dari tu. hati tidak akan dapat menampung atau menakung dua cinta utama pada satu masa. hanya ada satu cinta yang akan mendominasi hati pada satu2 masa. cinta allah atau cinta makhluk? kita perlu buat pilihan.
-em...
-ko ni..so,ko tau tak camne nak dapat cinta allah?
-macam tau..
-cakap r.
-err..ko jela cakap.
-ko ni..aku nak tanya ko, sapekah orang yang allah paling cintai?
-mestila org yg beriman kan.
-sapekah orang yang paling beriman yang pernah hidup kat mukabumi ni?
-nabi dan para sahabat la kan.
-pandai pun ko. jadi, camne nak dapat cinta allah?
-em, bila kita ikut orang yang allah cintai?
-pandai pun. nape?
-sebab sudah tentulah orang yang allah cintai tu buat ape yang allah suka je kn.
-aah. ko tau apa yang kita dapat bila allah cintai kita?
-apa?
-kefahaman dalam agama. hidayah. yang ni la paling penting dalam hidup. takde ni, tak bermakna la hidup ko walaupun ko jutawan yang memiliki banglo mewah di puncak alam,3 bini semuanya miss world dan anak seramai 5 orang. dan yang paling besh bila allah cintai kita ni ko tau tak ape?
-apa?
-bilamana allah mencintai seseorang itu, allah lah yang menjadi telinganya untuknya mendengar, matanya untuk melihat dan lidahnya untuk berkata (hadis qudsi). ha, ko bayangkan la betapa beshnya.
-em..betul betul.
-apa yang betul?
-allah hanya bagi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki je kan.
-aah.
-br0, saya terasa terbuka hati sikit hari ni.
-ha, aku tau. ko terbuka hati nak belanja aku lunch kan. jom.
-aah (terpaksa ikut jalan cite). ces kali ketujuh.


ps: kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri. dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..sebelum mencintai allah..renung2 kan dan selamat beramal.. (cam kenal je ayat..)

Terasuk Kepekatan Malam

***************************************************************
epilog 1


Terasuk kepekatan malam
Di hati yang mengata
Di mulut yang membisu
Di wajah yang membeku

Menggamit ilusi kau dan aku
Seribu bicara pun
Andai hati mengecam diri
Masih sukar untuk mengerti

Apakah akan terpancar nur
Mereda sempitnya ruang kabur
Yang mengharap jalan terus
Tanpa tersedu aku terjerumus

********************************************
epilog 2

Siapakah antara kita...
Yang menahan lidah bertubi
Mentafsir sesuatu yang tak pasti

Siapakah antara kita...
Masih berdiri teguh ketika dicaci
Pacakkan kebenaran hakiki

Siapakah antara kita...
Bijak mengatur langkah
Ketika diri difitnah

Siapakah akhirnya?
Kau, aku atau dia?
Cermin diri
Nilai hati
Sendiri kaji

***************************
epilog 3

Tatkala jiwa diduga dan terduga
Pada saat yang tak sangka datang menerpa
Itulah waktu yang paling ku terasa
Terlalu sebak walau tak sepatutnya melanda

Bila masa tu tiba dengan serta-merta
Pedih yang teramat bagai disuntik jiwa
Meraung sekelumit hiba berdarah tanpa kata
Ku digemparkan pula dengan berita lain tak semena-mena

Tentang tinta hati lagi ku memang tak rela
Pendirian dan keputusan sudah dipacak dengan tekad
Semakin ku tahu semakin ku ingin dekat kepada hasrat
Mencapai solusi yang ku fikirkan lebih tepat

Tak ingin berpaling dengan impian yang ada
Walau benar wanita bisa menggoncang dunia
Ku tak ingin goncangkan milik yang sememangnya tiada
Apa yang kau ingin buktikan cintamu benar belaka

Kerana cintaku pada insan bukan mainan belaka
Terima kasih kerana kau ingin mencuba
Tapi caraku berbeza bukan sandiwara belia semasa
Yang hanya terima dan berkata 'ya, aku rela...'

Masa lampaumu jadikan iktibar buat dirimu
Cari penghibur jiwa yang lebih layak buatmu
Hasratmu tak memastikan segunung impian buatku
Sebagai mahar hantaran yang ingin kau sampaikan kepadaku

Mungkin kerana langkah hidupku berbeza dari dulu
Tak usahlah kau cuba mengenali diriku
Ukhuwwah yang wujud di medan perjuangan satu tika dulu
Jadikan pahit manis persahabatan dalam bidang ilmu

******************
epilog 4

Bintang yang dulu berkerdipan
Semakin pudar warnanya
Bahtera yang belayar tenang
Seakan terdampar di tengah lautan

Mencari pelangi belum terbuka hijabnya
Seperti terkasyaf pandangan mata
Ke arah yang benar untuk terus usaha
Bebas dari kencaman yang meragut sukma

Kerana kesedaran itulah perubahan dimulakan
Kerana perubahan itulah perjuangan diteruskan
Kerana perjuangan itulah ghadul bashar dipertahankan
Kerana hifdzul qalb itulah su'uzdan dijauhkan
Kerana cintaNya itulah masih dipatrikan kekuatan

Berilah HambaMu peluang dalam destinasi ini
Jauhilah HambaMu dari rasa kecewa hati
Walau mungkin hingga diri ini tiada bermaya
Kau tetap cintaku yang pertama




m.0.f.a.m.z

skeboolat.blogspot.com

Kepada Dia Yang Wajahnya Bercahaya


Kepada Dia Yang Wajahnya Bercahaya

Daratan itu tidak sama tingginya
Ada ngarai
Ada lembah
Ada bukit
Ada sungai
Ada gunung-gunung
Ada satu gunung yang tinggi
Ada satu gunung yang tertinggi
Dan hanya satu puncak gunung yang tertinggi

Demikianlah pula cinta
Hanya cinta yang tinggi yang mampu mendaki puncak keindahannya
Dan hanya orang-orang yang mengerti saja
Apabila ia menyedari betapa indahnya cinta


Jiwa

Separuh jiwaku dipenuhi cinta
Separuhnya yang lain
Diisi rindu
Bolehkah aku merindui wajah yang bercahaya itu?
Yang terbalut dalam jilbab yang berwarna biru

Dengan senyumannya yang menawan
Sebuah senyuman yang hanya diberikan untuk jiwaku?
Izinkan aku melihat senyumnya lagi
Kepada Ilahi ku berharap
Walau untuk sekejap
Sebab separuh jiwaku dipenuhi cinta
Sedangkan aku ingin
Separuhnya lagi juga dipenuhi cinta
Hilangkan rindu…


Mantap

Mantap dikatakan mantap
Kerana hati tidaklah ragu
Hati tak akan ragu
Jika ku putuskan untuk segera bertemu
Dengan wajah yang terbungkus jilbab biru

Apakah wajah itu demikian indah kerna jilbabnya?
Atau semua jilbab akan menjadi indah kerana dipakaikan pada wajahnya?
Jawablah…
Sebab aku tak mengerti lagi…

m.0.f.a.m.z

skeboolat.blogspot.com

Untukmu...















Untukmu...dari Saudara Umair..

Bliau suruh sy sebarkan..jadi time ada kesempatan ni sy post kat blog ni..

Kalau nak nampak lagi jelas..klik kt gambar ye..

Untukmu versi cerpen : UNTUKMU

Salam.

surat untuk sayang ku...

moga nampak sopan.

Salam..

Kisah ini tidak ditujukan kepada sesiapa sama ada kepada pembaca mahupun penulis sendiri. Adapun sekiranya ada yang terasa maka itu hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan. Bak kata pepatah melayu "Siapa yang makan limau dialah yang terasa masamnya" (tak lawak).

Dengan nama Allah, semoga tulisan ini dilindung dari segala unsur maksiat dan riak.

Kehadapan si indah (biarla aku namekan si indah jela k) yang dikasihi atas dasar sesama Islam dan bukannya atas dasar ukhwah fillah iaitu yang erti dan maknanya yang kudus dicemari dengan mereka yang hendak menghalalkan maksiat terhadap-Nya, semoga sentiasa berada dalam lindungan Rabbul Jalil dan naungan rahmat-Nya yang tiada penghujung.

Wahai si indah,

Ketahuilah bahawa dalam liku-liku kehidupan yang kita sedang hadapi ini..................(dah dipotong kerana terlalu panjang dan bahasa berbunga yang poyo).

Wahai si indah,

Ketahuilah bahawa bukanlah aku menolakmu kerana kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam dirimu. Bahkan insan yang mahu mendekatiku ini adalah sesempurna insan yang pernah saya ketemu. Rupa parasmu bisa menggoda siapa sahaja yang melihatmu, bahkan mampu menimbulkan gelodak di jiwa walau hanya sesaat memandangmu. (perghh!!)

Tutur kata, tulus budi dan perilakumu jua bisa mencairkan mana-mana hati lelaki dan menggoyahkan prinsip mereka yang mahu bujang seumur hidup. Tiada mertua yang enggan menerima calon isteri untuk anaknya sekiranya insan itu adalah kamu.

Ketaatanmu pada agama tergambar dari pemakaianmu yang sentiasa berjubah dan bertudung labuh. Kamu juga tidak lupa menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh-Nya sesuai dengan pemakaianmu yang menggambarkan kamu adalah seorang muslimah solehah.

Maka ketahuilah kamu wahai si indah,

Penolakan ini adalah sebodoh-bodoh keputusan yang pernah dilakukan dalam sejarah. Andaikata aku adalah orang terkenal, sudah tentu tindakanku ini tercatat di dalam buku teks Sejarah tingkatan 5 dalam bab Sejarah Malaysia. Betapa aku hendak menggambarkan bahawa betapa sangat bodohnya aku menolak insan sesempurna kamu. Tapi....(ha ade tapi tu) ada seperkara lain yang aku mahu kamu ketahui bahawa mengapa aku memilih keputusan itu. Dan aku sangat-sangat berharap kamu berpuas hati dengan keputusan ini.

Ketahuilah wahai si indah,

Tiada yang dikatakan cinta sebelum kahwin di dalam ajaran Islam. Jangan jadi seperti Rosenah Md Aris (http://www.youtube.com/watch?v=LdDGbH0LWJc) yang menyamakan cinta sebelum nikahnya yang terkutuk dan hina-dina itu dengan cinta kudus Rasulullah SAW dengan Sayyidatina Khadijah RA. Aku tahu bahawa tentunya kamu mengetahui bahawa bercinta hanyalah halal setelah adanya ikatan perkahwinan. Tidak aku menafikan fitrah manusia ingin bercinta. Jatuh cinta sebelum kahwin tidaklah salah kerana ia hanyalah fitrah akan tetapi BERCINTA itulah yang salah. Aku ingin bertanya adakah kamu sanggup menggadaikan agamamu untuk insan seperti aku?

Ketahuilah wahai si indah,

Dalam hidupku, tiada tempat untuk aku letak untuk kamu. Kamu pasti mengerti bahawa setiap kita ada tempat dalam hidupnya untuk Allah kerana Allah adalah Tuhan yang ada hak terhadap kita. Setiap diri kita juga pastinya menyediakan tempat dalam hidupnya untuk Rasulullah kerana baginda ada hak terhadap kita. Begitu juga dengan ibu bapa dan lainnya. Tapi kamu, siapakah kamu dalam hidupku? Isteri? Sudah tentu bukan. Maka sudah tentu tiada tempat untuk dirimu dalam hidupku kerana kamu tiada hak ke atasku dan aku juga tiada hak terhadapmu.

Ketahuilah wahai si indah,

Kamu tentu mengerti bahawa bercinta sebelum nikah adalah haram. Namun adakah kamu tahu bahawa ia bahkan juga mengharamkan? Dengan kata lain ia membawa kepada yang haram. Bagaimana? Tidakkah kamu sedar bahawa sepasang kekasih yang bercinta secara tidak sah setiap hari saling membalas mesej berpuluh bahkan mencecah ratusan setiap hari? Membeli hadiah hari jadi yang mahal-mahal untuk pasangannya setiap tahun? Bukankah ini semuanya satu pembaziran? Sesugguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. Wahai si indah, aku takut untuk bersaudara dengan syaitan kerana pastinya kelak Allah akan mencampakkanku ke dalam neraka bersama-sama mereka. Kamu juga tentu takut bukan?

Ketahuilah wahai si indah,

Dengan menerima cintamu, aku sebenarnya telah memberi sebuah harapan kepadamu. Sebuah harapan supaya kita bisa bersatu suatu hari nanti. Sebuah harapan supaya kita bisa bersama hingga ke mati. Tapi tahukah kamu harapan bukanlah fakta? Harapan adalah rapuh tidak seperti fakta. Serapuh biskut Chipsmore (tapi tidak rangup). Chipsmore pun boleh tahan seminggu akan tetapi harapan hanya sesaat bisa lemau. Aku takut andai kata harapan hanya tinggal harapan. Kalau aku yang 'pergi' dulu, tidak mengapa kerana ramai yang boleh mengganti. Tapi kiranya kita tidak ditakdirkan bersama, bagaimana? Dan tika itu kamu masih mengharap kepada aku. Perit bukan?

Ketahuilah wahai si indah,

Harapan adalah senjata utama lelaki (yg celake) untuk mendapatkan perempuan yang mereka ingini. "InsyaAllah, 5 tahun lagi ana pasti melamar enti" "InsyaAllah kita pasti ditakdirkan bersama suatu hari nanti" "InsyaAllah bla..bla...". Piss off lelaki seperti ini!Sedarlah bahawa lelaki (yg celake) sekali-kali tidak pernah inginkan kamu bahkan mereka sebenarnya inginkan mahkota yang kamu miliki. Lihat sahaja berapa ramai yang perempuan tumpas dek kerana harapan. Dan kemudian si lelaki (yg celake) pergi membawa diri meninggalkan si perempuan terkapai-kapai. Harapan hanya tinggal harapan.

Ketahuilah wahai si indah,

Aku juga seperti kamu, seorang ahli gerakan Islam. Sudah tentunya kamu ketahui bahawa gerakan Islam memerlukan komitmen yang tinggi dari ahli-ahlinya. Adanya percintaan pasti sedikit sebanyak menganggu perjalanan dakwah. Bermuhasabahlah kita akan kejadian lepas. Mesyuarat yang sepatutnya tempat merancang gerak kerja dijadikan tempat bermain mata. Jawatan dijadikan peluang untuk bersemuka. Akhirnya dakwah yang tergendala. Maka silap siapa? (eh2 cam pantun pulak)

Ketahuilah wahai si indah,

Aku tidak punya kuasa untuk membuat kamu menjauhi diriku. Aku juga tidak sanggup membuat kamu benci padaku. Namun aku amat berharap supaya kamu lupakanlah diriku (mcm lirik lagu la plak). Bukalah matamu luas-luas seluas mata Heliza Helmi AF5 (opss) dan kamu akan dapati di luar sana beratus bahkan beribu lagi lelaki yang lebih baik berbanding diriku yang hina-dina ini.

Akhir kata, aku memohon seinfiti kemaafan andaikata kamu terguris dengan isi kandungan tulisan ini. Sayonara..dan bunga sakura berguguran..

Salam wbt..

sharing is loving...

hari ni mau posting sopan sket.


Salam..

smlm saya dapat emel dari seorang sahabat. bliau seorang hafizah. terima kasih kepada bliau. jazakillah. barakallahuminkum. saya agak terkejut dan malu sbab..memang...saya pun xtau lagi.. mujurla dia hantar emel ni...kalau tak, entah bila lagi saya ada chance nak tau...kalau korang da dapat emel cmni, simpanla..jangan delete. bak kata sahabat saya tu..
SHARING IS LOVING...


Soalan-soalan yg confirm boleh dijawab....


Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?


Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?


Soalan 3 : Siapakah RAJA SMS MALAYSIA ?


Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?


Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?


Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?


Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?


Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?


Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?


Soalan 10 : Siapakah penyanyi lagu "Aduh Saleha"?





Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini.....

Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?






Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.


Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.


Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.


Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.


Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)


Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.


Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.


Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).


Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.


Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.


Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.


Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.


Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.


Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.


Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.


Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'..


Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.


Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.


Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.


Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.


Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.


Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.


Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam..


Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.


Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.


Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.


Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash


Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.


Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.


Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)


Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.


Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.


Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.


Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.


Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammad, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).


Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.


Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir...


Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.


Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.


Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.


Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.


Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.


Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.


Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9..


Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..


Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.


Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.


Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.


Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'


Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.


Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.


Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.


Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.


Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil..


Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.


Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.


Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).


Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.


Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.


Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.


Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.


Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.


Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.


Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.


Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.


Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.


Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.


Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.


Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.


Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.


Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.


Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.


Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah


Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.


Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.


Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.


Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.


Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.


Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.


Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.


Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.


Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..


Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.


Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.


Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.


Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.


Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.


Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.


Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.


Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.


Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56



" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu .........Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa.......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..ameen..

Ini cerita lama..

aku sedaya upaya brlaku sopan dlm blog ini hari ini.


Salam..

(Ini cerita lama)

Begini ceritanya.. time aku on de way nak pergi "makan siang" kt HS Cafe (cafe plg popular di iium kerna ramainya hantu2 siang mantekedarah kt situ time siang), [eh,aku salah satu dari hantu2 itu rupanye] tetiba aku tertengok benda yg aku xm0 tengok. Mungkin ALLAH nak tunjuk depan mata aku (husnudzon kna ada). Sedih sungguh (sayu jap...) Manusia yang makan berdua (korg sedih tak? kalu tak, gelak r)..kalau dah kahwin tu aku memang takde hak la nak cakap apa..malas nak layan pon eh dan mungkin posting ni xde dalam blog ni..tapi masalahnya belum kahwin (macam mane aku tau? bak kata nabil,lu pk r sndirii). Dan menurut pemerhatian dari kaca mataku, dua-dua tu punya ilmu yang tinggi..juga ilmu agama. Bukan macam aku ni.. Hampeh,Lahanat,etc...Tak tau nak cakap macam mana..


Guys (omputih cket), ko bahagia sangat ker bila makan berdua dengan awek or makwe or 'ustazah' ko sebelum kahwin? atau ko nak kata itu macam sebuah penghargaan buat ko? ko trasa bangga sangat ke hingga lubang hidungmu yang sering kembang kempis itu...sambung sndiri. Untuk ape beb?


Girls, sedari bahagia bangat seyh bla dapat menemani atau melakukan sesuatu yang menggembirakan pakwe or balak or 'ustaz' sedari? Betul ke sedari gembira time tu? Ada tak rasa cam segan atau malu kat orang sekeliling yang menengok korg berdua? Ada rasa bersalah tak? Ke rase manis je sebab makan choki2 time tu? Remember, u are a girl!! (translate: awak tu pompuan!!) FYI, fitnah yang paling mudah tersebar biasanya disebabkan oleh seorang perempuan (believe it or not?). Tak rasa malu ke time makan berdua dengan pakwe sedari tu? Kalau betul2 tak tahu hukum, ok, i can accept it, aku bley trima la. but after u know the hukum, please STOP it!! jual mahal la sikit! Tak ruginya jual mahal untuk jaga maruah dan agama. malah dapat pahala lagi. (btoll..dapat pahala...besh yee)



Bila tengok bnda cmni berlaku kt depan mata sndiri, aku dan seorang sorg lg kawan aku x tau nak kata ape. bak kata nabil..lu pk r sndrii. sedih dan kesal mix together. Kesal sebab ramai yang sebenarnya dah tahu pun apa yang tak bley dilakukan, tapi tetap berdegil nak wat jugak. Hmm..

Bukan untuk IIUM students je (bukan nak malukan korg yerp), mana2 IPTA n IPTS yang lain pun sama. Tolong jaga maruah korg la, especially girls! malu la sikit beb... Kalau tak rasa malu kat manusia pun, at least malu la kat ALLAH..kalu time semayang bley tutup smua abis (x tutup x sah semayang weh)...xkan la kt depan manusia x bley ye tak..

Actually, aku pun pernah la jugak hidup dalam 'kejahilan'. Aku da lama makan jagung dari korg (apa kaitan ye dengan jagung???). Namun tu tak bermakna yang aku kena terus berada dalam 'kejahilan' tersebut. Korg plak? Pandai2 la pk..yang pakaikan seluar untuk korang..korang la jugak. Tapi ingat..xde orang yang bley pakaikan kain kafan dia sendiri. Sekian.

Buat kengkawan yang dihormati semua, DO UR BEST for FINAL EXAM ye!! Chaiyo'! Ganbate! Bbassyak!

SKEKOMEN

SKELINK

SKEFOLLOW

KLIK, DAFTAR DAN DAPAT DUIT

AwSurveys
YouthSays.Com

WAKTU

SKECHAT